Tajuk: Hujan
Penulis: Tere Liye
Novel ini tidak seperti yang saya bayangkan.
Tajuk: Hujan
Penulis: Tere Liye
Novel ini tidak seperti yang saya bayangkan.
Tajuk: Selamat Tinggal
Penulis: Tere Liye
Tahun Terbit: 2020
Penerbit: Gramedia Pustaka Utama
Ringkasan Cerita:
Kejayaan Sintong Tinggal mendapat
tempat di kampus besar di Pulau Jawa amat mengejutkan. Tidak ada siapa sangka, budak
nakal itu seorang yang pintar.
Sintong mendaftar masuk ke
Falkuti Sastera. Bila ditanya mengapa, jawabnya, dia ingin menjadi penulis yang
memberi inspirasi.
Tahun pertama dan kedua di
kampus, Sintong benar-benar menjadi seorang pelajar yang hebat. Debat positif
bersama pensyarah, tulisannya juga diterbitkan di surat khabar nasional. Dia
menjadi kebanggaan falkuti.
Masuk tahun ketiga, keputusannya
merosot teruk. Dia tidak lagi aktif menulis, malah selalu ponteng kuliah. Kini
dia masih belum lulus, tesisnya masih tidak dapat disiapkan. Apa sebenarnya
yang terjadi pada Sintong Tinggal?
Sintong Tinggal merupakan watak utama yang
menggerakkan cerita ini. Di saat dia mula putus harapan, sebuah buku lama
membangkitkan kembali semangatnya yang hilang. Buku itu milik seorang penulis
lama yang begitu tersohor satu ketika dahulu, namun namanya hilang dengan
tiba-tiba.
Dalam novel Selamat Tinggal ini banyak diterapkan
semangat seorang penulis yang jujur dalam setiap karya, tidak takut mengkritik
demi kelangsungan anak bangsa.
Watak Sutan Pane begitu memberi kesan, kata-katanya memberi semangat luar biasa, serta aspirasi yang dibawa amat mengagumkan. Watak ini menonjolkan sisi seorang penulis yang hebat dengan tujuan untuk mengubah masa depan negara.
Kedua, buku ini membawa tema tentang buku bajakan
(cetak rompak) serta kesan dan akibat daripada tidak ada undang-undang dan
tindakan tegas daripada pihak berkuasa. Secara tidak langsung, pembaca akan
dapat melihat kesan buruk dari tindakan mereka terus menyokong buku bajakan.
Sekiranya pembaca sedar akan implikasi dari tindakan itu, maka lama kelamaan
tidak akan ada lagi buku yang dicetak rompak.
Implikasi ini mungkin tidak disedari kerana ia tidak didedahkan secara meluas. Dalam kisah ini, Sintong bertemu dengan seorang anak kecil yang berniaga di kaki gunung untuk mencari rezeki. Setelah diselidik, anak kecil itu merupakan cucu kepada seorang penulis tersohor yang telah menghasilkan lebih 40 karya popular.
Namun, apa yang menyedihkan, karyanya di bajakan dan penulis itu terus hidup miskin dan melarat. Kesannya dia meninggal dunia tanpa dapat menerima rawatan dan ahli keluarganya terus terpinggir. Sintong begitu terkesan, dia merasa amat sedih dan pada masa yang sama kecewa dengan sikap masyarakat.
Watak Jess dan Bunga juga memberi impak besar kepada keseluruhan cerita. Tanpa kita ketahui, disebalik kemewahan dan keceriaan yang dipamerkan, rupanya ada rahsia besar yang disembunyikan.
Turut dibawa dilema yang dialami
oleh mereka yang berada dalam kelompok ini. Sintong, dia tersepit antara keinginan menjadi penulis
hebat pada masa yang sama dia bekerja di toko buku Pakliknya yang menjual
buku bajakan. Dia berusaha mengeluarkan diri dan akhirnya dia berani
mengucapkan “Selamat Tinggal”.
Buku ini untuk penulis supaya terus berkarya dan buku
ini untuk pembaca, bagi memahami usaha seorang penulis dan wajar dihargai. Suatu masa nanti, sekiranya isu ini tidak dapat dibendung, penulis enggan lagi menghasilkan karya mereka, dunia akan mengalami kerugian yang besar.
Justeru, kita sebagai pembaca, katakan TIDAK kepada cetak rompak, pastikan asli baru
beli. Itulah cara kita menghargai karya orang lain, bukan hanya terhad kepada buku tetapi semua perkara lain. Kesedaran itu penting dan novel ini cuba menyebarkan kesedaran itu. Sebarkan kebaikan.