Showing posts with label non-fiksyen. Show all posts
Showing posts with label non-fiksyen. Show all posts

Thursday, January 21, 2021

Resensi Buku: Sekilas Ibrah Dari Sirah Nabi

 


Tajuk: Sekilah Ibrah Dari Sirah Nabi

Penulis: Salahuddin Mohamed

Tahun Terbit: 2015

Penerbit: Karya Bestari


Sebuah buku yang ringkas namun mengandungi banyak maklumat untuk refresh memori kita tentang sirah nabi.

Kelahiran Nabi Muhammad SAW merupakan rahmat paling besar kepada umat Islam. Pelbagai peristiwa berlaku dari saat kelahiran Rasulullah SAW dan sepanjang perjalanan dakwah baginda. Pada masa yang sama, setiap peristiwa diselitkan dengan ibrah sebagai pengajaran untuk kita.
Tiba-tiba teringat kepada lagu nasyid nyanyian kumpulan Hijaz: ๐ŸŽถ๐ŸŽถ๐ŸŽถ "Rasulullah dalam mengenangmu Kami susuli lembaran sirahmu Pahit getir pengorbananmu Membawa cahaya kebenaran Engkau taburkan pengorbananmu Untuk umatmu yang tercinta Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya" ๐ŸŽถ๐ŸŽถ๐ŸŽถ๐ŸŽถ Buku ini pada pendapat saya bagus, walaupun nipis tetapi padat. Terdapat 25 peristiwa yang dikongsikan dalam buku ini. Antaranya peristiwa Tentera Bergajah, Kisah Buhaira dan Hilful Fudhul, Permulaan Wahyu, Hijrah ke Habsyah dan banyak lagi.


Islamnya Hamzah bin Abdul Mutalib merupakan salah satu peristiwa yang mengandungi hikmah yang tersendiri. Cacian dan gangguan yang diterima Rasulullah SAW menyebabkan satu kebaikan terjadi kepada Hamzah. Beliau memeluk islam kerana peristiwa itu.
Selain mendapat ilmu yang bermanfaat, pembaca juga mempelajari sesuatu dari sirah yang diceritakan. Buku yang sesuai untuk bacaan seisi keluarga๐Ÿ˜Š.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu." Setiap peristiwa yang diceritakan dalam buku ini akan dijelaskan juga apakah teladan yang dapat kita ambil dan jadikan panduan untuk kehidupan seharian.

Wednesday, January 20, 2021

Resensi Buku: Malaya 1941

 




Tajuk: Malaya 1941

Penulis: Rafe Rahmat & Hairil Anuar

Tahun Terbit: 2020

Penerbit: Patriots Publishing


MALAYA 1941 - sebuah buku tentang kronologi  peristiwa penjajahan tentera Jepun ke Tanah Melayu.
Dasar perluasan kuasa dijalankan oleh Jepun pada tahun 1940 memberikan dua pilihan: 1) Hokushin-ron (Jalan ke Utara) 2) Nanshin-ron (Jalan ke Selatan)

Jepun memilih untuk ke Asia Tenggara dan Tanah Melayu merupakan salah satu sasaran mereka.
Buku ini mengandungi maklumat tentang Komander Tentera Jepun, Komander Tentera British, pertempuran-pertempuran yang terjadi di Kota Bharu, Jitra, Kampar, Slim River, Endau dan beberapa tempat lagi.
Turut diceritakan tentang strategi tentera Jepun, strategi pertahanan British dan faktor-faktor yang menyebabkan Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun. Sebuah buku yang menumpukan kepada peperangan, pasukan tentera, senjata dan strategi peperangan. Buku yang padat, namun isi kandungannya disusun dengan baik.
Antara yang menarik perhatian adalah bab tentang polisi pertahanan tentera British yang digelar 'Singapore Strategy'. Namun polisi ini tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana kekalahan Perancis. Jadi pihak British menghantar dua buah capital ship ke Singapura. Kapal Perang HMS Prince of Wales dan HMS Repulse berlayar untuk menentang Jepun. Nasib tidak menyebelahi kedua-dua kapal, apabila diserang oleh torpedo Jepun dan tenggelam. (Cerita yang ditulis dalam buku lebih detail dan panjang)
Membaca buku ini, kita dapat merasai betapa peritnya peperangan. Sesungguhnya keamanan yang kita kecapi hari ini patut dijaga dan dihargai dengan baik. Sejarah adalah satu peristiwa silam yang perlu kita ketahui, supaya apa sudah berlaku menjadi pengajaran dan pelajaran buat generasi kini.
Buku ini merupakan salah satu bahan bacaan yang bagus, sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat.

Tuesday, January 19, 2021

Resensi Buku: Uthmaniyah Di Hujung Jari

 

Resensi Buku Uthmaniyah Di Hujung Jari


Tajuk: Uthmaniyah Di Hujung Jari
Penulis: Amir Asyraf Alwi
Tahun Terbit: 2020
Penerbit: Patriots Publishing

Sebuah buku tentang sejarah empayar agung Uthmaniyah yang pernah berdiri gagah selama 600 tahun. Diasaskan oleh Osman Ibn Ertugrul seorang pemimpin suku Kayi dari Anatolia.

Terdapat banyak maklumat dikongsikan antaranya mengenai sultan-sultan yang gila, hubungan diplomatik antara empayar, peristiwa pengepungan Kota Kut, penaklukan Kota Konstantinopel, kebangkitan nasionalis dan banyak lagi.

Penghapusan Janissari antara peristiwa yang ingin saya kongsikan. Janissari merupakan pasukan tentera elit Uthmaniyah. Pada awal kewujudnya, pasukan ini dianggotai oleh golongan hamba dan tawanan perang yang bersumpah untuk setia kepada Uthmaniyah. Namun, selepas 500 tahun, Janissari dihapuskan dalam satu peristiwa yang dikenali sebagai "Kemalangan yang bermakna".

Petikan dari Uthmaniyah Di Hujung Jari
Turut dimuatkan dalam buku ini, penerangan tentang Institusi Heram ketika zaman itu, fungsi pancaragam Mether dan akhirnya faktor-faktor kejatuhan empayar Uthmaniyah.

Buku ini mengandungi banyak maklumat yang perlu dicerna. Bagaimanapun, isi kandungannya mudah difahami. Sesuai untuk pembaca yang baru berjinak-jinak dengan buku non-fiksyen kerana cara penyampaiannya tidak terlalu ilmiah.

Saya cadangkan, jika anda ingin mengetahui bagaimana cara penulisan dalam buku ini, boleh cuba baca artikel-artikel penulis di laman web thepatriots.

Sejarah mengajar kita banyak perkara dan kadang kala mampu menjawab persoalan kepada soalan hari ini.

Friday, January 15, 2021

27 Buku Pilihan Sepanjang Tahun 2020


Tahun 2020 merupakan tahun yang penuh dengan cabaran dan kejutan. Bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia. Hari ini, kita masih lagi berdepan dengan cabaran dan ancaman virus. Kita belum menang.

Tahun 2020 boleh saya katakan sebagai tahun berkurung, tahun duduk di rumah, tahun norma baru. Jadi saya menggunakan masa yang ada dengan membaca lebih baca buku. Ya, membaca. Itu pilihan yang saya lakukan.

Alhamdulillah, saya berjaya membaca 92 buah buku pelbagai genre sepanjang tahun lepas. Ada buku yang sudah lama dibeli tapi terperam di rak buku. Ada buku yang dibeli ketika musim PKP. Walaupun tidak ada PBAKL2020, tapi buku masih boleh dibeli secara online. 

Di bawah saya senaraikan 27 buah buku-buku pilihan yang pada pendapat saya membawa kekuatan yang tersendiri. Saya kategorikan kepada tiga bahagian - novel fiksyen, buku non-fiksyen dan travelog.



NOVEL FIKSYEN

1. Rembulan Tenggelam Di Wajahmu karya Tere Liye
2. Hikayat Satria-Satria Sejati 4&5 karya Hilal Asyraf
3. Vendetta karya Tey Marzuki
4. Bentala karya Sha Hanim Ramli
5. Mitologi - Sumpah Tun Ledang Shah karya  Endie Shazlie
6. S-K-Y karya Fiy Suri
7. Sekolah Bernama Kehidupan karya Asmar Shah
8. Tetamu Tuhan 50 Hari karya Hilal Asyraf
9. A Thousand Splendid Suns karya Khaled Hosseini


TRAVELOG

1. Aku, Buku & Kota Kaherah karya Shahriman Jamalullayl
2. Menumpang Teduh Pohon Akasia karya Muhamad Suhail Ahmad
3. Segelas 'Asir di Muara Nil karya Ibnu Rijal
4. Kerana Cinta Aku Derhaka karya Syed Azharul Asriq
5. Sepetang Di Busan karya Ahmad bin Abdul
6. Travelog Pencinta Buku karya Shaharom T.M. Sulaiman, Mohammad Fazli Baharuddin
7. Lelaki Terakhir Menangis Di Bumi karya Musa Nuwayri
8. Kuantum - Sebuah Travelog Kembara Sains karya Shah Ibrahim
9. Diari Musafir - Jangan Berhenti Berlari karya Dr. Zaharuddin Abdul Rahman


NON-FIKSYEN

1. Dunia Tanpa Tembok tulisan Ayman Rashdan Wong
2. Dunia Tanpa Tembok II tulisan Ayman Rashdan Wong
3. Dunia Tanpa Tembok III tulisan Ayman Rashdan Wong
4. Pendiam? tulisan Aiman Amri, Aqila Masri
5. Sekilas Ibrah Dari Sirah Nabi tulisan Salahuddin Mohamed
6. Projek Bibliofil tulisan Zahrah Yunos
7. Langkah Sheraton tulisan Ahmad Faezal
8. Tasjil Anis Salatin: Rahsia Agung Melaka tulisan Farahana Shuhaimi
9. Malaya 1941 tulisan Rafe Rahmat, Hairil Anuar


Buku-buku ini adalah pilihan peribadi, yang mana saya baca sepanjang tahun 2020. Mungkin anda akan berminat dengan salah satu tajuk ini. Mana tahu kan. Semoga anda akan bertemu dengan buku pilihan anda pula.

2021, kita masih berkurung, jadi saya teruskan mengisi masa yang ada dengan menghabiskan bahan bacaan yang ada di rak buku. 2021 - saya mengharapkan lebih banyak buku yang bagus akan ditemui.


"READING BOOKS MAKES YOU BETTER."