Tajuk: Sekilah Ibrah Dari Sirah Nabi
Penulis: Salahuddin Mohamed
Tahun Terbit: 2015
Penerbit: Karya Bestari
Sebuah buku yang ringkas namun mengandungi banyak maklumat untuk refresh memori kita tentang sirah nabi.
Kelahiran Nabi Muhammad SAW merupakan rahmat paling besar kepada umat Islam. Pelbagai peristiwa berlaku dari saat kelahiran Rasulullah SAW dan sepanjang perjalanan dakwah baginda. Pada masa yang sama, setiap peristiwa diselitkan dengan ibrah sebagai pengajaran untuk kita.
Tiba-tiba teringat kepada lagu nasyid nyanyian kumpulan Hijaz:
๐ถ๐ถ๐ถ
"Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran
Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh deritaCekalnya hatimu menempuh ranjaunya" ๐ถ๐ถ๐ถ๐ถ Buku ini pada pendapat saya bagus, walaupun nipis tetapi padat. Terdapat 25 peristiwa yang dikongsikan dalam buku ini. Antaranya peristiwa Tentera Bergajah, Kisah Buhaira dan Hilful Fudhul, Permulaan Wahyu, Hijrah ke Habsyah dan banyak lagi.
Selain mendapat ilmu yang bermanfaat, pembaca juga mempelajari sesuatu dari sirah yang diceritakan. Buku yang sesuai untuk bacaan seisi keluarga๐.