Wednesday, May 10, 2017

AnetDot: Kisah Si Pelukis Jalanan

Tajuk: Pelukis Jalanan
Penulis : Teme Abdullah
ISBN 978-983-2423-29-4
Terbitan: Iman Publications
Terbitan Pertama: 2016





AMARAN!!! INI BUKAN NOVEL. 

Pelukis Jalanan karya Teme Abdullah bukan lah sebuah novel ya. Harap maklum, ini sebuah kisah berdasarkan pengalaman sebenar penulis. Pada saya satu pengalaman yang berbeza yang mana saya sendiri tidak pernah lalui.

Penulis menceritakan pengalaman beliau selepas tamat A-Level dan bagaimana dia menyambung pelajaran di UK menggunakan sumber kewangan sendiri. 

Di situ lah juga bermula bagaimana penulis menjadi seorang pelukis jalanan. Banyak kisah yang dapat menjadi inpirasi dan pengajaran dalam hidup kita. Walaupun kita tidak berada di situasi yang sama, tetapi apa yang dikisahkan sememangnya berguna. 


Kita sebagai manusia dan hamba Allah di muka bumi ini, perlu selalu ingat kepada pencipta kita, Allah S.W.T. Sesungguhnya apa juga cabaran dan keadaan yang kita lalui, pasti mempunyai hikmah di setiap kejadian tersebut. 

Kita kadang kala, lupa dan leka dengan duniawi sehingga niat kita dalam melakukan sesuatu perkara selalu terpesong. Perkara sebegini pasti terjadi kepada kita setiap manusia yang lemah, kerana itu Allah S.W.T yang maha pemurah lagi maha pengampun sentiasa memberikan ruang dan peluang untuk kita menjadi lebih baik.

Pada saya buku ini mempunyai unsur - unsur nasihat yang sangat berguna dan wajar di baca oleh setiap orang.


"Jika terlihat kecantikan, ingatlah Penciptanya" - Teme Abdullah.

Saturday, March 4, 2017

Pemenang Giveaway Novel Percuma.

Assalamualaikum semua...

Pertama sekali saya nak minta maaf sangat sebab lambat buat entri untuk mengumumkan pemenang bertuah 3 novel percuma dari @akusipeminatbuku.

Mohon maaf sangat atas kelewatan ini.




Dan pemenangnya adalah........





Jom baca buku - buku yang mereka kongsikan di sini:



Jadilah Wanita Paling Bahagia: 



Kepada semua perserta, terima kasih @akusipeminatbuku ucapkan kerana sudi menyertai giveaway ni. Lain kali, jika ada kesempatan, @akusipeminatbuku buat lagi ya. 



Kepada pemenang, sila hantarkan maklumat anda (Nama, alamat, no telefon) untuk proses penghantaran novel percuma. Hantar ikut "contact form" ya. 

Terima kasih semua!!!!


Thursday, February 16, 2017

Novel Thriller: Pemburu

Tajuk: Pemburu
Penulis : Hilal Asyraf
ISBN 978-967-14642-0-5
Terbitan: Hilal Asyraf Resources
Terbitan Pertama: 2016






Sinopsis

Bakri, seorang pemuda berkelebihan luar biasa, bersama bapanya, Mustafa, ingin menumbangkan Kesatuan Pemburu, sebuah organisasi rahsia, yang telah membunuh manusia kesayangan mereka. Misi itu telah membawa mereka ke Malaysia, yang kini sedang bangkit untuk bersaing dengan kuasa-kuasa besar dunia.

Misi yang kelihatan bertujuan untuk menuntut bela, hakikatnya punya matlamat yang lebih besar. Malaysia menjadi medan pertembungan antara mereka dan Kesatuan Pemburu, juga dengan diri mereka sendiri.


Watak Utama

Bakri - seorang pemuda yang pantas, tajam penglihatan serta mempunyai gerak geri yang sangat tangkas. Setiap hari dia akan berlatih bersama ayahnya Mustafa untuk mempersiapkan diri menghadapi misi - misi penting. Mereka perlu ada rancangan yang bijak dan tepat dalam setiap misi yang ingin dijayakan.

Mustafa - kisah silam dulu telah merubah segalanya. Untuk membalas apa yang telah terjadi dia bertekad untuk memusnahkan Kesatuan Pemburu. Dia telah melatih anaknya Bakri dengan semua teknik yang dipelajarinya. Namum ada rahsia penting yang dia belum mampu ceritakan pada Bakri. 




Komen

Penulis telah wujudkan konflik di awal cerita kemudian perlahan - lahan mengembangkan konflik tersebut. Terdapat banyak persoalan yang akan membangkitkan rasa ingin tahu dan ini menyebabkan kita akan terus membaca untuk mendapatkan jawapan.

Misi - misi yang dijayakan oleh Bakri diceritakan dengan detail dan jelas. Setiap kejayaan misi membawa Bakri lebih dekat dengan Kesatuan Pemburu dan misteri organisasi rahsia ini.

Satu novel yang tidak rugi dibaca, selain pada dengan aksi, novel ini juga memberi pengajaran kepada kita.

Membaca jambatan ilmu. Selamat membaca!!!