Tajuk: Rehatkan Hati Dengan Solat
Penulis: Pahrol Mohamad Judi
Penerbit: Iman Publication
Tahun Terbit: 2020
Sebuah buku yang amat bagus untuk dibaca dan difahami isi kandungannya. Buku ini boleh dijadikan rujukan serta memberikan banyak manfaat kepada pembaca.
Secara ringkasnya, buku itu disusun kepada tiga bahagian utama.
Bahagian pertama membawa pembaca mengenalpasti dan merenung semula realiti ibadah solat. Jadi kita boleh meneliti dan memahami. Ini penting kerana solat adalah tiang agama. Solat juga adalah waktu seorang muslim berhubung dengan Allah S.W.T
Bahagian kedua pula menjelaskan kepada kita tentang apa itu sebenarnya ibadah solat. Adakah solat itu hanya ritual yang perlu dilakukan tanpa ada makna lain disebaliknya? Banyak perkongsian yang akan membawa kita lebih memahami tentang ibadah solat tersebut.
Untuk bahagian ketiga, diterangkan kepada kita bagaimana solat itu dapat memberi impak kepada spiritual dan sosial. Bagaimana solat yang berkesan dapat mengubah kita, memberi ketenangan dalam kehidupan.
Penyusunan isi kandungan buku ini kepada tiga bahagian amat membantu memudahkan pembacaan. Untuk menyelesaikan masalah, pastinya kita perlu kenalpasti dahulu apa masalah yang dihadapi. Jika kita tidak tahu apa masalah itu, bagaimana pula kita boleh menyelesaikannya.
Buku ini amat bermakna, saya terima sebagai hadiah #giveaway Lebih bermakna lagi, saya menerimanya pada tarikh hari lahir saya tahun lepas.
Terima kasih kepada @farahshoppee kerana memberikan sebuah buku yang bagus dan bermanfaat ini. Semoga anda sentiasa dimurahkan rezeki .