Monday, January 9, 2017

Novel: Lazuardi by Nasz

Tajuk Novel: Lazuardi
Penulis: Nasz
Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd
Tahun Terbit: 2012
Jumlah Halaman: 629
ISBN: 978-967-5118-85-2
Malay Fiction

Sinopsis Novel

Mama Anaz tak pernah layan dia macam anak sendiri walaupun hakikatnya nama dia terletak sebagai ibu dalam surat beranak. Boleh dikatakan, semua jenis kerja rumah diserah sepenuhnya untuk dia buat dah mengalahkan orang gaji. Tempat dia mengadu hanya pada Odie, jiran depan bilik merangkap member baik sejak tadika. Apabila mengeluh, Odie akan ajak kahwin.

Tapi, betul ke Odie itu jodohnya? Sebab si Shark ni pun suka buat dia sakit kepala. Hujan tidak, ribut tidak, tiba - tiba ...

"Kita kahwin nak?"
"Tunang?"
"Jadi girlfriend saya?"
"Saya serius ni"

'Putera' manakah yang akan menyelamatkan 'Si Cinderella' ini? Memanglah hidup dia malang, tapi perlu ke dia jadi beban kepada orang lain untuk menyenangkan hidup dia sendiri?




Anaz - dia sentiasa tidak kena pada mata mamanya. Apa yang dia buat semua salah, tidak pernah dia faham kenapa dia dilayan sebegitu rupa. Dia bukan anak angkat, dia anak sulung kepada papa dan mama. Nasib baik ada papa dan Nueq, mereka berdua selalu cuba menghiburkan hatinya.

Odie - kawan baik dari sekolah tadika. Pantang ada duit sikit pasti dia ajak Anaz untuk kahwin. Dah lali Anaz dengan gurauan Odie itu. Entah betul entah tidak si Odie tu.

Shark - kawan baik Nueq. Sebaya dengan adiknya Nueq, tapi tak pernah panggil Anaz kakak. Suka - suka hati dia je panggil Anaz dengan nama saja. 


Hidup Anaz menjadi lebih tidak tenteram dengan kehadiran Ain. Awalnya dia sangka Ain boleh jadi kawan dia kat rumah. Dia kesian dengan kisah hidup Ain, rupanya ada lagi orang yang lebih malang darinya. 

Makin hari Anaz perasan yang kelakuan Ain makin pelik. Dia seakan - akan cemburu dengan hubungan baik Anaz dengan Odie. Ain buat macam - macam perkara sehinga Odie mula bencikan Anaz.

Ain delete semua kertas kerja Anaz dalam laptop. Ain sorok roti sandwich yang Anaz buat untuk Odie. Perkara yang paling teruk Ain buat, tuduh Anaz menyebabkan rumah di masuki pencuri. Sehinggakan Anaz dihalau dari rumah oleh Mama.


Macam - macam perkara jadi dalam hidup Anaz. Hanya Shark yang selalu ada untuk dia, sehingga pada satu hari, Shark menyatakan hasratnya untuk menikahi Anaz. 

"Saya nak kahwin dengan awak sebab saya sayang awak. Daripada kita keluar - keluar macam ni, baiklah kita kahwin. Dosa pun tak banyak. Sebab tu dari awal - awal lagi saya dah ajak awak kahwin sebenarnya."

Anaz terima tak Shark? Shark ni bukan boyfriend Lily ke? Betul ke Shark ikhlas? Macam  - macam soalah bermain dalam fikiran Anaz. 

Nak tahu kesudahannya, apa kata anda baca novel Lazuardi ni. Tak rugi baca, antaran novel favorite saya juga ni. 


Sunday, January 8, 2017

Novel: For One More Day


Tajuk Buku: For One More Day / Untuk Satu Hari Lagi
Penulis: Mitch Albom
Tahun Terbitan: 1997
Tahun Terbitan untuk buku terjemahan: 2011
Versi terjemahan: PTS Litera Utama (PTS)
ISBN:1-4013-0327-7
ISBN:978-967-5783-06-7 [Buku terjemahan]

Sinopsis:

For One More Day adalah kisah mengenai seorang ibu dan seorang anak, sebuah perhubungan yang tidak berpenghujung. Ia membuatkan kita berfikir akan persoalan "Apakah yang akan kita lakukan jika kita diberi peluang melalui semula satu hari bersama orang yang kita sayang, yang sudah pun pergi?"

Semasa kecil, Charley Benetto diberi pilihan oleh ayahnya, "Kamu boleh menjadi anak ibu ataupun anak ayah tetapi tidak boleh menjadi kedua-duanya." Dengan itu, Charley memilih menjadi anak ayah. Dia begitu menyanjungi sang ayah sehinggalah pada suatu hari, lelaki itu meninggalkan keluarga mereka. Charley yang ketika itu berusia sebelas tahun terpaksa beralih menjadi anak ibu pula. Ibu yang gigih membesarkan Charley dan adiknya sendirian, meskipun Charley begitu mengharapkan kehidupan berkeluarga yang lengkap.


"For One More Day dapat membuat kamu tersenyum. Ia dapat membuat kamu berasa hiba. Ia dapat mengalirkan air mata nostalgia dari mata kamu. Dan yang paling penting, ia dapat mebuat kamu percaya akan dahsyatnya kasih sayang seorang ibu" - James McBride, penulis




Ringkasan dari bacaan saya:

Charley seorang kanak - kanak yang merasakan dia lebih menyerupai ayahnya berbanding ibunya. Segala - galanya berubah apabila ayahnya meninggalkan mereka. Dia tidak ada pilihan selain terus tinggal dengan ibunya. Dia merasakan ibunya terlalu cuba mengawal setiap pergerakan dalam hidupnya. 


Apabila ibunya telah meninggal dunia, baru Charley sedar yang dia perlukan ibunya. Dia berharap yang ibunya muncul di depan mana dan memberinya semangat untuk terus kan hidup. Hanya satu hari lagi itulah yang Charley perlukan. Adakah permintaannya akan tercapai? Ini sebuah cerita yang bakal memberikan motivasi kepada kita semua. Apa yang penting, kita seharunsya menghargai semua orang yang ada disekeliling kita. 






Saturday, December 31, 2016

Novel: Vignette by Syud

Tajuk Novel: Vignette
Penulis: Syud
Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd
Tahun Terbit: 2016
Jumlah Halaman: 516
ISBN 978-967-0851-45-7

Sinopsis:

Dia tu macam...vignette
Keliling gelap, tengah-tengah sahaja yang jelas. Dan tak ada garis jelas yang memisahkan antara keliling yang gelap dengan tengah yang terang itu. Macam mimpi.

Kata Najiha:
"Aku nak kekalkan sikap aku yang hanya akan ingat benda gembira. Eloklah tu. Ubah angin, ubah tempat. Hijrah itu satu benda yang elok."

Dia berhijrah untuk memulihkan keadaan hatinya yang sedikit calar. Calar yang tak ada kesan pun...kan? Hijrah yang bermaksud,
(a) dia akan jumpa orang yang dia tak pernah jumpa;
(b) pernah jumpa tapi tak ingat; atau
(c) orang yang memang dia pernah jumpa dan ingat.

"Najiha." Dia memperkenalkan diri.
"Nice meeting you, Najiha."

Tapi dia rasa dia tak pernah jumpa lagi orang yang malas nak bercakap macam Si Dahi Kerut ni. Atau mungkin...dia pernah jumpa...kut?




Pada Firdaus:
Matahari tu, orang kata, sifatnya terang, panas - dan hidupan atas muka bumi ini tak boleh hidup tanpa matahari. Najiha itu, bagi Firdaus macam matahari. Terang - dan buat dia sentiasa tercari - cari.

"Awak memang suka cakap sepatah-sepatah kan?"
"Ha. Saya memang suka cakap sepatah-sepatah."

Dan kalaulah matahari itu hilang, tak mungkin dia tidak terkesan, kan?




Komen ringkas saya:

Najiha kecewa dengan Reza dan dia nekad untuk berhenti kerja. Biarlah jauh di mata dan jauh di hati. Tiada gunanya dia terus berharap pada orang yang tidak sudi.

Di tempat baru, Najiha bertemu dengan Firdaus. Pada mulanya Najiha ingat Firdaus ni sombong, tak pernah nampak dia senyum. Itu sebab Najiha rasa Firdaus ni macam vignette. 

Tapi betullah orang tua - tua pernah berkata, tak kenal maka tak cinta. Bila kita tak kenal orang tu, apa yang kita assume adalah berdasarkan pandangan kita sendiri. 

Novel ini terasa dekat di hati saya kerana ceritanya berkisar dengan kisah hidup orang IT. Saya kan orang IT, so bila baca rasa macam keadaan yang berlaku di sekeliling. Cepat saja faham apa yang jadi.

Watak yang diketengahkan tidak menonjolkan kekayaan atau kecantikan, tetapi diceritakan secara telus. Hidup orang biasa - biasa yang kerja di pejabat. Apa yang jadi sepanjang pertemuan mereka. Sangat simple dan memang rasa dekat di hati. Itu sebab saya suka novel nukilan Syud ini.

Jadi apa kata anda semua baca sendiri novel ini. Mungkin ia juga dekat di hati anda. Novel boleh didapati di Jemari Seni.